Tuesday 5 May 2015

sahabatku (salafussoleh)


assalamualaikum...
ini merupakan video kami yang julung kalinya dibuat.cerita ini hanyalah rekaan semata mata.tetapi perlu diingatkan bahawa,apa yang kami sampaikan ini merupakan suatu perkara yang sangat penting dalam hidup kita....iaitu SAHABAT..saksikan video ini di youtube...semoga video ini bermanfaat untuk kalian semua...
syukran...

Thursday 16 April 2015

Saidina Ali berkata: "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah:

1)Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Rabbmu.(Allah)
2)Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3)Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4)Hendaklah orang yang alim berkata :''Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu.''
Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara - Saidina Abu Bakar As-Siddiq
Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu, kalau aku berdiam diri aku binasa- Saidina Ali Bin Abi Talib 

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, kedua belah kaki, dan pergerakkan tubuh badan atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.- Khalifah Ali Bin Abi Talib

Pernah satu ketika Hasan Al-Bashri terlihat seorang wanita yang begitu cantik, hingga Hasan Al-Bashri berkata kepada wanita itu, begitu cantiknya mata wanita itu, lalu wanita itu mencungkil matanya dan memberikan matanya kepada Hasan Al-Bashri, kata wanita itu, yang aku mahu hanya redha Allah, bukan pujian manusia, dan disebabkan perkara ini, menjadikan Hasan Al-Bashri menjadi ahli sufi..
Masya-Allah
Subhanallah

Friday 27 March 2015

SAHABAT DUNIA DAN AKHIRAT

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Sifat Sahabat yang Mulia
1. Memiliki akhlak dan budi pekerti yang baik.
Seseorang yang disenangi, mempunyai akal yang baik, berbudi pekerti dan mematuhi perintah Allah. Sering juga mengajak kita melakukan kebaikan untuk diri dan masyarakat. Berbicara dengan penuh kelembutan dan kesopanan.
2. Menutup keburukan dan kekurangan sahabat, baik semasa sahabat ada ataupun tiada.
Tidak menderitakan keaiban orang lain kepada sahabatnya dan jika dia melihat sesuatu yang tidak baik tentang diri kita, dia akan menjaga aib tersebut.
Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa menutup keburukan saudaranya, maka Allah akan menutup keburukannya di akhirat.” (Riwayat Ibn Majah)
3. Memperbesarkan kebaikan yang dilakukan oleh sahabatnya.
Sering menanyakan tentang kesusahan yang kita hadapi kerana ingin berkongsi kesusahan, kesedihan dan kesenangan bersama. Menjadi penghibur waktu kita sedih dan pelindung jika kita memerlukan. Sanggup mengorbankan masa, harta dan tenaga untuk memenuhi hajat sahabatnya.
4. Menyebut kebaikan.
Jika dia mendapat sesuatu kebaikan daripada kita, dia akan menghargai dan menyebut-nyebut kebaikan itu. Tidak pula dia berkecil hati jika kita tidak mampu membantunya.
 5. Mudah mengalah.
Jika berlaku salah faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga hubungan. Mengorbankan perasaan sendiri demi menjaga hati sahabatnya.
6. Mendorong kita mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Saling nasihat-menasihati berkenaan hal-hal dunia dan akhirat.
Bersedia untuk menerima nasihat dan menasihati.

KISAH ABU HURAIRAH DENGAN CINTANYA...

Kisah Cinta Sahabat Nabi Abu Hurairah ra dan Asmah binti umamah

Asma binti Umamah adalah seorang perempuan Arab yang sangat jelita. Kecantikannya tersohor ke seluruh negeri. Selain cantik, Asma seorang perempuan terpelajar yang sangat cerdas. Asma sosok perempuan idaman setiap lelaki. Namun, hingga usianya terus beranjak dewasa, tak ada satu pun lelaki yang dia terima lamarannya.

Suatu ketika, Khalifah Adillah bin Marwan mengutus seseorang untuk meminang Asma lewat orangtuanya. Khalifah itu hendak menikahkan anak semata wayangnya yang sudah lama mengincar Asma. Mendapat pinangan dari seorang Khalifah, ternyata tidak membuat Asma gembira, tapi justru dia kembali menolak pinangan itu. Sampai beberapa kali pinangan diberikan, Asma tetap menolaknya. Awalnya, orangtua Asma bingung apa yang diinginkan oleh anak perempuannya itu.

Asma hanya berkata dengan penuh keyakinan, “Allah akan memberikan jodoh yang baik dan terbaik untukku.”
Asma selalu memanjatkan doa dan bertahajud kepada Allah agar didatangkan jodoh yang baik dan terbaik baginya. Pada suatu hari, Asma kedatangan sahabat lamanya, Abu Hurairah. Asma mengenal Abu Hurairah sebagai orang yang sangat saleh dan berbudi. Begitu pun orangtua Asma mengenal Abu Hurairah sebagai sahabat Asma sejak kecil. Sebenarnya Abu Hurairah tak sengaja berkunjung ke rumah Asma. Saat itu dia sedang membeli barang dagangan untuk dijual kembali di kotanya.

Namun, pada pertemuan itu, Abu Hurairah malah bercerita tentang keadaannya sekarang. “Istriku meninggal karena sakit dan aku memiliki seorang anak perempuan yang salihah berusia 3 tahun.”
Mendengar cerita itu, Asma berkata, “Jika kau menginzinkan, aku akan membantumu mengasuh putrimu”.
“ Maksudmu ? “, Abu Hurairah terkejut dengan ucapan Sahabatnya.
“ Sudah lama aku berdoa kepada Allah untuk dipertemukan dengan jodohku yang terbaik, entah mengapa ketika aku bertemu denganmu dan mendengar ceritamu, aku jadi yakin ini jawaban atas doaku “.

Tentu saja Abu Hurairah yang juga mengenal baik Asma, menyambut tawaran itu dengan bahagia. Demikian juga orangtua Asma, Mereka berbahagia. Namun Pernikahan Asma menjadi pergunjingan di kalangan masyarakat, banyak yang mencibir karena menganggap Asma yang cerdas bertindak gegabah dalam menentukan jodohnya.
Asma menolak anak Khalifah, tetapi malah menikah dengan seorang duda beranak satu. Namun, Asma tidak peduli dengan gunjingan itu, begitu pun orangtuanya. Sebagai seorang perempuan, dia pun mendapatkan hak untuk memilih jodohnya. Orangtua Asma justru merasa bahagia. Anak perempuannya menikah dengan seorang lelaki yang saleh dan taat beribadah serta berbudi luhur, sedangkan anak Khalifah belum tentu mampu memimpin keluarga yang diridhai Allah.

Wednesday 18 March 2015

SAIDINA ALI R.A.

BIODATA SAIDINA ALI BIN ABU TALIB

• Nama Penuh Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib
• Dari keturunan Bani Hasyim
• Lahir pada 10 tahun sebelum Nabi menjadi rasul 601 masihi
• Lahir di dalam kaabah di Mekah Al-Mukarramah
• Menjadi khalifah ke-4 daripada Khalifah Ar-Rasyidin Pada Tahun 35 Hijrah bersamaan 655 Masihi selama 4 tahun.
• Wafat pada 17 Ramadan tahun 41 Hijrah 661 Masihi.
• Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljim di Bandar Kufah.
• Mendapat gelaran Abu Hasan / Abu Turab.
• Mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan Rasulullah SAW
• Adalah sepupu dan menantu Rasulullah
• Sejak kecil tinggal bersama Rasulullah dan dididik oleh Baginda
• Banyak mewarisi keperbadian dan akhlak Rasulullah
• Sangat mencintai dan menyayangi Rasulullah.
• Memeluk Islam ketika berumur 10 tahun
• Kanak-kanak pertama memeluk Islam
• Terkenal dengan panggilan ’Karramallahu Wajhah’ bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala.
• Tidak pernah dikotori keburukan jahiliah.
• Mentaati dan tidak pernah membantah Rasulullah
• Salah seorang 10 sahabat dijamin masuk syurga.
• Terkenal dengan ilmu pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang seperti bidang sastera, ilmu hisab dan kehakiman sehingga digelar ‘gedung ilmu’.
• Menggunakan pedangnya bernama ‘Zulfakar’ dan menyertai hampir semua peperangan menentang musyrikin kecuali peperangan Tabuk.
• Semasa peperangan khandak telah dicabar berlawan satu sama satu dengan pahlawan Quraisy bernama Amru bin Wahid.
• Berjaya menewaskannya walaupun Amru lebih berpengalaman.
• Dilantik oleh Rasulullsh menjadi hakim di Yaman.
• Seorang hakim yang adil dan pentadbir yang kreatif serta tabah.
• Melengkapkan angkatan tentera berkuda Islam.
• Menubuhkan pasukan polis diberi nama ’As-syurtah’
• Menubuhkan tentera berjalan kaki dan badan perisik yang belum ditubuhkan oleh Khalifah sebelumnya.
• Jurutulis Perjanjian Hudaibiah.
• Mengetuai misi dakwah di Hamadan (Iraq).
• Pensihat dalam bidang kehakiman kepada ketiga-tiga khalifah Ar-Rasyidin.

Thursday 12 March 2015

NIAT


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi kita hidup di hari barakah ini yang mana merupakan penghulu segala hari.. hari ini akan saya kongsikan kepada saudara-saudari sekalian tengtang perkara yang sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara..iaitu NIAT.
dalam hadis 40,perihal niat diletakkan sebagai hadis pertama. Ini menunjukkan niat sangat penting dalam menentukan segala galanya.. jika saudara ingin melakukan sesuatu,pasti akan didahului dengan niat. niat ini tidak lah perlukan sebutan.. cukuplah sekadar lintasan..sudah menjadi niat..
dan sebaik baik niat itu,kita melakukan sesuatu kerja adalah kerana ALLAH. itulah yang akan membawa kepada keberkatan hidup untuk kita. adapun niat itu jika baik..maka baiklah amalan kita..jika buruk niat itu..maka buruklah amalan kita..
Niat ini datang dari hati kita..bukan dari lisan mulut..jadi..sebagai hamba yang inginkan REDHA dan RAHMAT ALLAH..maka sentiasalah kita melakukan perkara kerana Allah..barulah amalan kita mudah diterima dan diberkati oleh AR RAHMAN..syukran...

Wednesday 11 March 2015

SAIDINA UTHMAN IBN AFFAN R.A.

BIODATA SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN
• Nama penuh adalah Uthman Bin Affan Bin Abu Al-’As Bin Umaiyah.
• Dari Keturunan Bani Umaiyah.
Lahir pada 576M Iaitu 6 tahun selepas “Tahun Gajah”.
• Lahir di Makkah Al-Mukarramah.
• Menjadi Khalifah Ketiga daripada Khulafa’ Al-Rasyidin pada 644M Bersamaan 23 Hijrah selama 12 TAHUN.
• Wafat pada : 18 Zulhijjah 35 Hijrah.
• Sebab wafat kerana di bunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca Al Quran.
• Mendapat gelaran “Zu Nurain” ( Yang mempunyai dua cahaya kerana telah memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW ).
• Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dengan meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan demi menyahut seruan Allah dan Rasulullah.
• Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang baik ketika bercakap walaupun dengan musuh.
• Membeli perigi “Raumah” dengan harga 35,000 dirham dan mensedekahkannya untuk kegunaan orang ramai.
• Membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.
• Membebaskan hamba pada hari Jumaat setiap minggu.
• Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10,000 dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam peperangan Tabuk.
• Menjadi utusan Rasulullah SAW dalam perjanjian Hudaibiyah.
• Menubuhkan Angkatan Tentera Laut.

Tuesday 10 March 2015

SAIDINA UMAR AL-KHATTAB R.A.

Bismillah.. in shaa Allah ni satu perkongsian tentang saat2 terakhir Umat ra.

Kisah ini bermula setelah berlakunya peristiwa Umar ra ditikam oleh pisau bercabang dua yang disaluti racun ketika beliau menunaikan solat subuh.



Sewaktu beliau terbaring lemah didalam rumahnya. Seorang lelaki datang ke rumahnya dan memuji umar ra, lalu umar berkata pada lelaki itu 



" sanggupkah kamu menjadi saksi buatku diakhirat kelak ? "



Lalu setelah itu datang pula Abdullah ibn Abbas ra ketika Umar ra sedang menangis dan mendengar Umar ra berkata :




" Dengan nama Allah jika aku mampu meninggalkan dunia ini tanpa apa-apa yang memusuhiku dan tanpa apa-apa kebaikan yang telah aku lakukan, aku gembira "



setelah segala pengorbanan yang Umar ra telah lakukan , ini adalah kata-kata yang umar ra lafazkan disaat- saat terakhirnya...



Abdullah ibn Abbas ra berkata :



" wahai amirul mukminin, sewaktu Nabi saw meninggalkan dunia ini. Baginda saw gembira denganmu. Tiada 2 orang muslim bertelagah tentang kewibawaanmu sebagai khalifah. Semua orang gembira engkau adalah khalifah."



Lalu umar ra berkata :



" Aku tahu. Tapi hal khalifah ini sangat merunsingkan hatiku"



Kemudian Umar ra bertanya pada Abdullah ra :



" wahai Abdullah sanggupkah engkau menjadi saksiku diakhirat kelak ? "



Abdullah ra menjawab :



" Ya, aku sanggup "



Seketika selepas itu sewaktu umar ra terbaring diatas paha anaknya Abdullah ibn umar ra, beliau berkata pada anaknya :



" wahai Abdullah, letakkan pipiku diatas tanah. "



Lalu anaknya bertanya " kenapa ayahku ? " sambil mencium umar ra.



Umar ra berkata :



" Jika aku ditakdirkan di syurga maka bantal disyurga itu lebih lembut tapi jika aku ditakdirkan ke neraka maka engkau pasti tidak mahu pipi ini dipahamu "



Dan Umar ra memberitahu keluarganya :



" Besederhanalah dalam mengkafanku, jika Allah mentakdirkanku syurga maka Allah akan memberi yang lebih baik dari ini dan jika Allah mentakdirkan neraka buatku maka inipun akan ditanggalkan dariku.



Besederhanalah dalam menggali kuburku, jika Allah mentakdirkan syurga buatku maka Dia akan meluaskannya tapi jika Allah mentakdirkan neraka buatku maka kubur itu pun akan disempitkan. "



Lalu umar ra meminta anaknya Abdullah ra pergi kepada isteri Baginda saw untuk meminta kebenaran agar Umar ra dikuburkan ditepi Baginda saw. Apabila dikhabarkan pada Umar ra bahawa aisyah ra memberi kebenaran, 


Umar berkata :



" Aku tidak punya hajat yang lebih besar selain itu. Tapi setelah aku mati, tanya Aisyah sekali lagi, jika dia masih membenarkan maka kuburkan aku disitu tapi jika tidak maka kuburkan aku di perkuburan muslim. "



Umar ra dikuburkan di tepi Baginda saw dan nabi Muhammad saw pernah bersabda :



" Antara rumahku dengan mimbarku adalah Raudhah di antara taman-taman surga ”


 (HR. Bukhari no. 1196)



Jika manusia dikebumikan di tanah yang diambil untuk manusia itu diciptakan maka itu bermakna Abu bakar, umar dan baginda saw dicipta dari tanah taman-taman syurga.



Ambil dan renungkanlah setiap kata-kata umar ra. Meskipun dengan segala kejayaan dan pengorbanan yang beliau lakukan sepanjang hidupnya beliau masih begitu rendah diri. Ini kerana Umar ra sedar akan hakikat sebenar seorang insan yang penuh dengan kelemahan.



Jangan pernah merasa cukup dengan amal yang telah kita lakukan. Perbaiki dan tambah selagi yang kita mampu. Dunia ini tidak lain hanyalah satu persinggahan mengutip bekalan yang akan kita persembahkan buat Allah kelak.



Adakah Allah akan gembira dengan apa yang akan kita tunjukkan kelak ?



Setiap dari kita punya jawapan masing-masing. Manfaatkanlah sedikit masa yang masih kita ada sekarang. Kutip setiap peluang yang ada. Moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan....

Monday 9 March 2015

BIODATA SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQ


•Nama sebenar adalah Abdullah bin Abi Quhafah.
• Lahir selepas 2 tahun kelahiran Rasulullah SAW.
• Berketurunan Bani Tamim.
• Orang pertama yang memeluk Islam.
• Digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Rasulullah SAW dalam peristiwa Isra' & Mikraj.
• Seorang yang jujur, berbudi pekerti yang baik, perangai yang terpuji.
• Orang yang menemani Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah.
• Bersama Nabi dalam Gua Thur.
• Menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang pertama mulai 11 Hijrah hingga 13 Hijrah ( 632 Masihi hingga 634 Masihi).
• Wafat pada 23 Jamadilakhir 13 Hijrah dan dimakamkan bersebelahan makam Rasulullah SAW di Madinah.
• Apabila Rasulullah SAW wafat, orang Ansar berkumpul di Saqifah Bani Saidah untuk melantik pemimpin mereka sebagai khalifah.
• Saad bin Ubadah dari suku Khazraj dicadangkan.
• Setelah diketahui berita tersebut, Saidina Abu Bakar, Umar bin Al-Khattab & beberapa orang Muhajirin datang ke tempat itu.
• Berlaku perbincangan mengenai perlantikan khalifah.
• Muhajirin & Ansar masing-masing memberi ucapan.
• Abu Bakar memberi ucapan kemudian mencadangkan mereka melantik samada Umar atau Abu Ubaidah.
• Kedua-duanya membantah, Umar berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi janji setia.
•Kemudian diikuti oleh umat Islam yang lain.
• Mereka bersetuju Saidina Abu Bakar dipilih menjadi khalifah.
• Memerangi golongan murtad yang terpengaruh dengan nabi-nabi palsu & golongan yang enggan membayar zakat.
• Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah SAW.
• Melantik khalifah selepasnya untuk memelihara perpaduan umat Islam agar tidak berlaku perselisihan dalam soal perlantikan khalifah selepas beliau wafat.
• Mengembangkan syiar Islam ke negeri Farsi & Rom.
• Mengekalkan keamanan yang telah diasaskan oleh Rasulullah SAW.
• Berusaha mengumpulkan al-Quran.